![]() Secara amnya tanih di tapak PPTC adalah sangat berasid dan mempunyai kandungan nutrien yang rendah. Kepekatan ferum dan Pb sangat tinggi di T1S1 dan di horizon bawah profil T1S3. Kepekatan nutrien terlarut bagi sulfat, nitrat-nitrogen, ammonium-nitrogen dan fosforus masing-masing adalah 37.50 – 1350 μg/g, 12.17 to 90.00 μg/g, 12.17 to 53.17 μg/g dan 0.05 to 0.62 μg/g. Kepekatan fosforus, magnesium dan kalium tersedia masing-masing mempunyai sela antara 1.76 – 3.32 μg/g, 16.80 – 122.23 μg/g dan 20.09 – 30.50 μg/g. Purata nilai KPK adalah rendah iaitu antara 4.86 hingga 12.58 meq/100g tanih. Sela purata bagi kekonduksian elektrik dalam profil dan tanih-atas adalah antara 2412 μScm-1 to 2742 μScm-1. Purata nilai pH tanih di dalam profil dan tanih-atas adalah di antara 3.66 hingga 4.73 di mana ia adalah sangat berasid. Kandungan bahan organik tinggi pada tanih-atas dan berkurangan mengikut kedalaman. Hasil ujikaji menunjukkan tekstur tanih didominasi oleh zarahan bersaiz lempung. Semua penentuan fiziko-kimia tanih, nutrien tersedia dan terlarut serta logam berat dilakukan mengikut kaedah penentuan yang piawai. Ciri fiziko-kimia yang ditentukan adalah pH, kekonduksian elektrik (KE), kapasiti pertukatan kation (KPK), fosforus, kalium dan magnesium tersedia dan nutrien terlarut, dan logam berat terpilih. ![]() Bagi sampel tanih-atas, sebanyak empat stesen pensampelan (S1, S2, S3, S4) telah dipilih di transek 1 (T1), dua stesen pensampelan (S1, S2) di transek 2 (T2) dan tiga stesen pensampelan (S1, S2, S3) di transek 3 (T3) telah dipilih. Dua profil tanih telah dicerap di transek 1 (T1S1 & T1S3) dan sampel tanih telah diambil dari profil dan juga tanih atas untuk penentuan ciri fiziko-kimia, kandungan nutrien dan logam berat. Sampel tanih-atas diambil dari tiga transek pensampelan iaitu T1, T2 dan T3. Fiziko-kimia, kandungan nutrien dan logam berat dalam tanih di tapak Pusat Penyelidikan UKM Tasik Chini. ![]()
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |